fbpx

Terkini! Nak Tau Apa Bisnes Online Yang Menguntungkan Tahun 2019? – Jom Baca!

Tahun 2019 mungkin tahun yang mana anda WAJIB mempunyai cita-cita untuk membina sebuah empayar bisnes online yang boleh dibuat dari rumah sahaja.

Nak tau kenapa?

Internet zaman kini bukanlah seperti dahulu, yang menggunakan DSL sebagai jaringan utama untuk mendapatkan akses internet.

Zaman sekarang, kelajuan internet tanpa had seperti 4G, LTE untuk wireless atau Internet Fibre untuk wired internet memudahkan pelbagai aktiviti di internet dijalankan terutamanya perniagaan online.

Nak tau apa yang lagi best?

Kini internet kelajuan tanpa had ini dapat diaskes di mana-mana. Tak perlu lagi untuk anda buka kedai jauh-jauh kerana segalanya anda boleh akses dari rumah sahaja!

Bisnes online dari rumah bukan lagi hanya tanggapan dongeng sahaja. Ia adalah realiti.

Tetapi, untuk membuat bisnes online di Malaysia ni, bukanlah semudah seperti yang disangka. Kelajuan internet tanpa batas ini menyebabkan perniagaan atas talian ini berkembang dengan cepat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Tapi..

Jangan risau!

Selagi anda mempunyai perancangan yang betul, dan strategi yang mantap, anda tidak mungkin akan ketinggalan dengan pesaing-pesaing anda.

Anda juga mempunyai peluang untuk berjaya seperti usahawan-usahawan di luar sana!

Sekarang jom lihat, apakah 5 idea bisnes online yang menguntungkan bukan sahaja dari segi duit sahaja, tetapi juga menjimatkan masa anda untuk mencapai kejayaan tersebut.

1. E-Commerce

Sekiranya anda berhasrat atau sedang menjual produk anda sendiri atau orang lain, membina sistem e-commerce salah satu cara yang anda boleh terapkan untuk memulakan bisnes online anda.

E-Commerce adalah sebuah sistem perniagaan moden di atas talian yang menggantikan sistem perniagaan tradisional seperti menjual produk di kedai-kedai fizikal.

Berdasarkan penerangan daripada eCommerceGuide.com;

E-commerce refers to commercial transactions conducted online. This means that whenever you buy and sell something using the Internet, you’re involved in ecommerce.

eCommerceGuide – What is E-Commerce?

E-Commerce adalah idea perniagaan online yang menguntungkan untuk anda mulakan pada tahun 2019.

Nak tau kenapa 2019?

Tahun ini menunjukkan perkembangan pesat dalam penggunaan handphone bakal meningkat di dalam dunia perniagaan online. Dilaporkan oleh laman web Entrepreneur.com, kini banyak bisnes telah menerapkan sistem e-commerce dalam perniagaan mereka untuk mengejar perkembangan teknologi dan permintaan pengguna.

Dilaporkan lagi oleh website yang lain pula, eMarkerter, jualan dari sistem e-commerce sahaja akan meningkat sebanyak 72.9% pada tahun 2021!

Terkini! Nak Tau Apa Bisnes Online Yang Menguntungkan Tahun 2019? – Jom Baca 5 Idea Bisnes Online Tanpa Modal yang Besar
eMarketer –
Mobile Is Driving Retail Ecommerce Sales Worldwide

Bagi anda yang ingin memulakan bisnes online e-commerce, yang paling utama adalah anda harus mempunyai platform untuk menyokong bisnes anda. Terdapat pelbagai platform yang anda boleh gunakan sama ada percuma ataupun berbayar.

Platform ini akan bertindak sebagai sistem pengurusan e-commerce anda dan juga sebagai sebuah website untuk menjual produk anda kepada orang ramai.

Antara platform yang terkenal adalah:

  1. WooCommerce by WordPress
  2. Shopify
  3. BigCommerce
  4. OpenCart
  5. PrestaShop

Sebenarnya, banyak lagi platform yang anda boleh gunakan, namun apa yang kami berikan di atas adalah antara platform yang paling popular diseluruh di dunia sebagai platform e-commerce mereka.

Apakah platform terbaik?

Bergantung kepada kepakaran yang anda ada. Setiap platform ada kebaikan dan keburukan mereka tersendiri.

Bagi kami, sistem WooCommerce adalah yang paling kami syorkan kerana sistem ini mempunyai struktur e-commerce yang berkualiti dan sangat fleksibel untuk anda modify mengikut kehendak bisnes anda. Ia telah dimuat turun sebanyak 60,650,364 kali dan telah menguasai 28% bisnes online di serata dunia. Yang paling penting ia adalah PERCUMA dan anda tidak perlu bayar satu sen pun untuk menggunakannya.

Dilaporkan oleh Builtwith.com, WooCommerce adalah platform terbesar yang digunakan di seluruh dunia, mengatasi Shopify dan Magento.

Terkini! Nak Tau Apa Bisnes Online Yang Menguntungkan Tahun 2019? – Jom Baca 5 Idea Bisnes Online Tanpa Modal yang Besar

Namun, kerumitan untuk setup WooCommerce menyebabkan ramai takut untuk menjadikannya sebagai platform e-commerce bisnes mereka.

Tetapi..

Ramai yang tidak sedar, platform selain WooCommerce memaksa anda untuk membayar setiap bulan dengan kos yang tinggi untuk selenggara sistem e-commerce anda.

Walaubagaimanapun, meskipun WooCommerce adalah agak rumit untuk dibina dan anda pun tidak ingin pening kepala untuk setup sistem tersebut, anda hanya perlu membayar SEKALI sahaja demi mengupah professional untuk membina sistem tersebut untuk anda.

Jika anda sedang membina bisnes online untuk jangka masa yang panjang, kami dari pihak Lamanify sangat menggalakkan anda menggunakan sistem WooCommerce supaya bisnes anda dapat memberi margin keuntungan yang lebih dan mengurangkan kos penyelenggaran website dari segi bulanan atau tahunan.

Adakah anda tidak bersedia untuk keluarkan produk sendiri?

Jom kita tengok poin seterusnya iaitu dropshipping.

2. Dropship

Dropshipping adalah sebuah bisnes online yang anda boleh buat tanpa menggunakan sebarang modal.

Caranya adalah anda sebagai seorang dropshipper menjual produk orang lain dengan mempromosikan produk mereka kepada prospek anda. Apabila prospek membuat pembelian daripada anda, anda perlu membuat tempahan produk tersebut daripada agent/stokis anda dan mereka akan uruskan tempahan tersebut.

Terkini! Nak Tau Apa Bisnes Online Yang Menguntungkan Tahun 2019? – Jom Baca 5 Idea Bisnes Online Tanpa Modal yang Besar

Berdasarkan Shopify sebagai sebuah laman web e-commerce yang menguruskan dropshipping di sekitar US, dropshipping didefiniskan seperti berikut:

Dropshipping is a retail fulfillment method where a store doesn’t keep the products it sells in stock. Instead, when a store sells a product, it purchases the item from a third party and has it shipped directly to the customer. As a result, the merchant never sees or handles the product.

Shopify – Ultimate Guide to Dropshipping

Kesimpulannya, dropshipping adalah sistem perniagaan online yang tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok dan segala sistem penghantaran dan pembungkusan dilakukan oleh agent/stokis itu sendiri.

Okay, anda mungkin dah ada idea bagaimana dropship itu berfungsi. Tap..

..macam mana nak dapatkan produk yang nak dijual tu?

Haa..

Terdapat pelbagai cara untuk anda menjadi seorang dropshipper. Namun, antara yang terkenal adalah dengan mendaftarkan diri anda sebagai seorang dropshipper pada syarikat-syarikat yang menggunakan sistem dropship dalam sistem perniagaan mereka.

Anda perlu melayari website mereka sekiranya mereka membuka pendaftaran melalui website ataupun hubungi agent di negeri masing-masing untuk mendaftarkan diri sebagai dropship.

Cara yang lain adalah dengan menggunakan produk Lazada, Shoppee dan pelbagai lagi untuk dijual sebagai dropshipper. Walaupun website gergasi seperti mereka ini tidak membuka pendaftaran dropship secara terus daripada website mereka, tetapi terdapat wakil pihak ketiga yang menjadi orang tengah antara dropshipper dan mereka iaitu Kumoten.

Terkini! Nak Tau Apa Bisnes Online Yang Menguntungkan Tahun 2019? – Jom Baca 5 Idea Bisnes Online Tanpa Modal yang Besar

Ia adalah website yang memberi anda peluang untuk membuat bisnes online tanpa modal yang tinggi dengan menjual produk-produk yang ada di pelbagai platform e-commerce.

Bukan itu sahaja, malah ia adalah 100% PERCUMA!

Okay, tiada lagi alasan untuk anda tidak bertindak sekarang. Dropship adalah salah satu cara untuk anda mulakan bisnes secara online. Tiada modal yang perlu dikeluarkan untuk memilik sesebuah produk.

Jika itupun anda rasa keberatan, takpa, kami boleh beri lagi satu cadangan iaitu menggunakan sistem affiliate, lebih mudah dari dropship.


3. Affiliate Marketing

Sistem affiliate adalah sistem yang menggunakan link-sharing untuk menjana keuntungan.

Idea bisnes affiliate ini adalah anda mempromosikan produk orang lain dengan menggunakan sebuah URL unik yang diberikan pemilik produk, kemudian anda share URL tersebut kepada prospek, sekiranya mereka membeli MELALUI link tersebut, maka anda akan dapat komisen.

Seperti seorang blogger dan usahawan terkenal, Neil Patel ada sebut dalam blog beliau,

Affiliate marketing is the process of earning a commission by promoting other people’s (or company’s) products. You find a product you like, promote it to others and earn a piece of the profit for each sale that you make.

Affiliate Marketing Made Simple – Neil Patel

Mudahnya, untuk mendapat untung dalam sistem affiliate marketing ini adalah dengan berkongsi mempromosikan produk orang lain dan mendapat komisen dari setiap produk yang terjual.

Tapi..

Bunyi macam sama je dengan dropship, apa bezanya?

Haa..

Dropship berkonsepkan anda membuat tempahan bagi pihak pelanggan dan anda mendapat keuntungan berdasarkan perbezaan harga anda membeli daripada supplier. Manakala, affiliate pula, anda mendapat keuntungan komisen apabila pelanggan membeli terus daripada supplier tanpa melalui anda.

Affiliate lebih mudah dan cepat untuk mendapat keuntungan kerana anda mengurangkan masa untuk proses pembelian pelanggan.

Walaubagaimanapun, untuk mencari syarikat yang mengamalkan sistem affiliate marketing adalah agak mencabar kerana ia memerlukan sistem affiliate untuk dimuat naik ke dalam sistem e-commerce mereka. Sistem ini penting untuk mereka menjejak setiap link yang dikongsikan oleh affiliate marketer mereka dan memberi komisen kepada orang yang sepatutnya.

Sekiranya ada produk yang anda rasa berminat untuk mempromosikannya dan kebetulan juga syarikat itu membuka tawaran untuk menjadi affiliate marketer mereka, maka rebutlah peluang itu!

Affiliate marketing dijamin lebih mudah, cepat dan antara bisnes online yang menguntungkan terutamanya pada tahun 2019 ini!

Oh tak berminat nak jual produk?

Okay tidak mengapa. Idea seterusnya ini adalah lain daripada e-commerce, dropshipping dan affiliate.

4. Blog

Bagi anda yang tidak berminat untuk menjual produk, blogging mungkin idea terbaik untuk anda mulakan perniagaan online.

Eh, macam mana blogging boleh jadi bisnes pulak?

Terdapat pelbagai cara untuk anda buat duit dengan mudah daripada blogging.

Antaranya:

  1. Google Adsense
  2. Guest Post berbayar – Anda menjadi blogger jemputan dan mereka membayar content anda.
  3. Review Produk – Anda membuat review pada blog anda tentang apa-apa produk dan owner produk tersebut membayar anda.
  4. Affiliate Marketing – Seperti point sebelum ini, anda selitkan link pada penulisan blog anda dan pelawat berpotensi untuk tekan link tersebut.
  5. Produk Digital – Jual produk digital yang berkaitan dengan blog anda seperti eBook.
  6. Membership – Member berdaftar/berbayar sahaja yang boleh akses ke blog dan mendapatkan content daripada anda.
  7. Iklan Produk – Seperti Google Adsense, tetapi anda membuat perjanjian pengiklanan terus kepada owner produk tanpa melalui Google.

Disebut di atas adalah contoh-contoh blog yang boleh buat duit dengan mudah.

TETAPI..

..untuk mencapai tahap ‘boleh buat duit’ ini memerlukan usaha yang padu.

Nak tau kenapa?

Sebabnya terdapat terlampau ramai pesaing bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia dalam dunia blogging ni.

Content anda perlu unik dan memberi impak kepada orang ramai. Untuk membuat penulisan yang baik dan juga berpotensi untuk keluar di enjin pencari seperti Google, anda harus mempunyai strategi penulisan terlebih dahulu sebelum mengarang apa-apa ayat.

Teknik yang paling penting adalah untuk menulis blog sesuai dengan pembaca anda dan digubah mengikut Search Engine Optimization (SEO) yang tepat.

SEO: Strategi untuk naikkan ranking dalam Search Engine Result Page (SERP) atau dalam carian Google dengan menggunakan keywords tertentu.

Kebiasaannya;

Penulis akan gagal untuk seimbang antara kedua ini. Sekiranya penulis hanya menulis untuk pembacanya, maka lenggok bahasa yang mereka gunakan akan terlalu santai dan tidak sesuai dengan SEO.

Sebaliknya…

…sekiranya mereka hanya sumbat semua keywords untuk SEO sahaja, maka penulisan mereka akan nampak seperti robot, Bounce Rate pembaca mereka akan melonjak.

Bounce Rate: Peratusan pembaca meninggalkan blog anda.

Kesimpulannya, SEO membantu pembaca mencari blog anda, manakala teknik penulisan yang baik membantu pembaca menghadam content dalam blog anda.

Anda WAJIB ikut kedua teknik tersebut untuk berjaya dan menonjolkan bisnes online kepada orang ramai.

Setelah anda berjaya menarik pelawat, maka lebih mudah untuk anda buat duit melalui blog dengan mengikuti idea-idea menjana pendapatan yang disebut pada awal tadi.

Okay, sebelum kita simpulkan teknik bisnes online melalui blogging ini, jom kita lihat beberapa fakta mengenai blogging pada tahun 2019 sebagai inspirasi atau motivasi anda untuk melakukannya.

  1. 53% marketer mengatakan blogging adalah keutaman tertinggi untuk content marketing mereka. – HubSpot
  2. 36% penulis gemar menggunakan headlines berbentuk senarai (Cth: 5 Cara Terbaik…) – ConversionXL
  3. Pada tahun 2017, 66% marketer melaporkan mereka menggunakan blog untuk content di laman media sosial mereka. – Social Media Examiner
  4. Marketer untuk B2B (75%) lebih banyak menggunakan blog mereka di sosial media berbanding B2C (61%). – Social Media Examiner
  5. 65% Marketer bercadang untuk meningkatkan penggunaan blogging pada tahun 2017. – Social Media Examiner
  6. Website yang mempunyai blog berpotensi sebanyak 434% untuk memasuk SERP. – Source
  7. Jumlah blogger akan meningkat sebanyak 31.7 juta pada tahun 2020. – Statista
  8. Bisnes B2B cenderung untuk menggunakan blog berbanding bisnes B2C. –
    Source
  9. 47% pembeli akan melihat 3-5 buah content sebelum menghubungi sales team penjual. – Demand Gen Report
  10. Blog yang mempunyai gambar akan mendapat 94% lebih banyak view. – Source
  11. 94% yang suka share blog post mendapati blog tersebut sangat berguna untuk mereka dan mungkin dapat membantu orang lain. – Whsites
  12. Marketer dari bisnes B2B yang menggunakan blog mendapat 67% leads lebih daripada yang tidak menggunakan blog. – HubSpot
  13. Jumlah patah perkataan yang biasa digunakan untuk content yang top-ranking dalam carian Google adalah 1,140-1,285 perkataan. – Searchmetrics
  14. 71% marketer melaporkan bahawa aset visual (gambar dan video) adalah sebahagian daripada strategi content marketing mereka. – Social Media Examiner
  15. Marketer yang mengutamakan blogging akan 13x lebih berpotensi untuk mecapai pulangan yang positif berbanding yang tidak menggunakannya. – State of Inbound

Di atas adalah antara laporan-laporan yang dikaji oleh syarikat-syarikat tersebut dan ia menunjukkan blog mempunyai keunikan sendiri di dalam dunia bisnes online.

Ia adalah salah satu bisnes online tanpa modal yang besar, yang anda sendiri boleh mulakan dari rumah. Terdapat pelbagai kebaikan dalam blogging yang anda boleh peroleh sekiranya anda suka menulis dan tidak gemar untuk menjual produk.

5. Servis

Servis adalah salah satu cara yang anda boleh mulakan perniagaan online dengan pantas hanya daripada rumah sahaja.

Terdapat pelbagai servis yang anda boleh tawarkan di peringkat online.

Antaranya:

  1. Copy writing
  2. Social Media Account Manager
  3. Translation
  4. Graphic Design
  5. Web Design
  6. Virtual Assistant
  7. Marketing Consultant
  8. Ghost Writer

..dan pelbagai lagi.

Nak mulakan bisnes berasaskan servis pula tidak memerlukan kos yang tinggi kerana ia adalah bergantung kepada skill set anda. Servis merupakan cara yang paling cepat untuk anda berbisnes. Cukup dengan website dan diri anda, anda sudah boleh promote servis yang anda tawarkan.

Ia boleh dilakukan dengan hanya duduk bersama laptop dari rumah sahaja! Serius!

Ia adalah salah satu cara bisnes online yang tidak memerlukan anda mempunyai atau menyimpan sebarang produk.

Tak susah pun nak setup bisnes Servis ni. Caranya adalah:

  1. Fikirkan apakah yang anda minat dan berpengetahuan tentangnya.
  2. Mulakan penulisan business plan bagaimana anda ingin setup bisnes tersebut.
  3. Reka brand identity untuk bisnes anda.
  4. Mula membuat cold-calling kepada pelanggan sasaran anda.
  5. Tambah dengan iklan Facebook, Instagram atau Google Adwords dengan pelbagai promosi.
  6. Bina portfolio anda melalui hasil kerja dengan pelanggan sasaran anda.
  7. Ulangi proses 4-6.

Nampak macam simple kan? TETAPI, ia memerlukan motivasi dan dedikasi yang tinggi untuk melakukannya.

Ini disebabkan bisnes online berbentuk servis mempunyai kos kemasukan yang rendah menyebabkan lambakan orang yang melakukan perniagaan jenis ini.

Jika anda mempunyai kepakaran dan minat yang tinggi, kami pasti, anda boleh berjaya mengalahkan pesaing-pesaing dalam bidang anda.

Kesimpulan

Antara E-Commerce, Dropship, Affiliate Marketing, Blog dan Servis, perniagaan online yang anda ingin mulakan?

Ke semua pilihan di atas mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan untuk anda. Namun, susunan di atas adalah berdasarkan kemudahan dan pendapatan yang diperoleh untuk memulakan sebuah bisnes. E-Commerce adalah antara yang paling mudah dan mampu menjana pendapatan yang maksimum berbanding bisnes servis yang memerlukan usaha keras untuk memperoleh pendapatan yang hampir sama dengan E-Commerce.

Namun, yang paling penting di sini adalah anda wajib pilih salah satu pilihan di atas dan mulakan!

Tiada guna jika anda membaca penulisan ini tanpa sebarang tindakan.

Kami di Lamanify mempunyai kepakaran membantu pelanggan kami meletupkan bisnes online mereka melalui sistem e-commerce yang mesra pengguna dan harga yang berpatutan.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang memulakan perniagaan online, hubungi kami segera dan kami sudi membantu!

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment

View More of Our Blogs

If you don’t want to go too sweet

Hermes Kelly Replica The Houston Texans have placed the franchise tag on Jadeveon Clowney. The Colts are sitting on $105.8 million in cap space heading into free agency, per Spotrac. Why not use some of that money to drive up Clowney’s price and force the Texans to make a decision on Clowney RIGHT NOW, which

Read More »

While the Bengali version was described as Bengal’s

Canada Goose online With every new smartphone on the market there are the usual differences, because Apple on release a new iPhone roughly on a yearly time scale, you will notice huge difference between some of the iPhones than others. When the iPhone 4 was released there was a large public outcry because when you

Read More »
Open chat
Hi!
Click to Instantly Chat With Us!
Tekan untuk Chat Bersama Kami!
Powered by